Pengenalan:
Menurut definisi Kamus Dewan Edisi Empat, jurang bermaksud perbezaan yang memisahkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala pencapaian akademik boleh dikaitkan dengan tahap kecemerlangan seseorang individu dalam menguasai ilmu tertentu (Razak, 2015). Oleh itu, jurang pencapaian akademik bermaksud perbezaan antara keputusan pelajar dalam peperiksaan. Dalam Rancangan Malaysia ke–10 (RMK–10), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 telah dilancarkan untuk merapatkan jurang pencapaian akademik pelajar. Sejak November 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan satu pelan yang komprehensif atas sistem pendidikan Malaysia. Pelan ini dinamakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Pelan ini mempunyai tiga objektif, iaitu memahami prestasi dan cabaran dalam sistem pendidikan, memberi visi dan aspirasi yang jelas untuk pelajar dan sistem pendidikan dan menggaris transformasi sistem pendidikan secara komprehensif. Pelan ini membawa satu kejayaan, iaitu merapatkan jurang pencapaian akademik antara pelajar bandar dan luar bandar. Sebagai buktinya, jurang pencapaian gred purata dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bekurang daripada 0.19 (2013) ke 0.17 (2014) manakala jurang pencapaian gred purata dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya dirapatkan daripada 0.60 (2013) ke 0.55 (2014) (Utusan Online, 2015). Jurang pencapaian SPM antara bandar-luar bandar dirapatkan lagi daripada 0.55 (2014) ke 0.47 (2016). Oleh itu, boleh lihatnya keberkesanan PPPM dalam Gelombang 1 (2013-2015).
Walau bagaimanapun, menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (Serina Sauni), jurang perbezaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah dalam SPM antara pelajar bandar dan luar bandar Sarawak semakin besar walaupun pencapaian secara keseluruhannya amat membanggakan. Bagi subjek Bahasa Inggeris, jurang perbezaan meningkat daripada 8.98% (2013) hingga 12.05% (2014) manakala 0.35% (2013) hingga 2.03% (2014) bagi subjek Sejarah (Sinar Harian, 2015). Walaupun jurang pencapaian akademik dalam kalangan pelajar semakin rapat, usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar masih diperlukan. Dalam konteks ini, korelasi antara pencapaian akademik pelajar dengan tahap sosio ekonomi keluarga akan dibincangkan.
Kajian Literatur:
Pencapaian pelajar bersandarkan kepada faktor sosio ekonomi keluarga. Keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi (SSE) yang rendah boleh mempengaruhi pencapaian pelajar. Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1, jumlah murid yang menerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) adalah lebih banyak di sekolah yang lemah (mempunyai 52%) berbanding dengan sekolah baik (mempunyai 7%) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Rajah 1: Taburan populasi murid yang menerima KWAPM mengikut band sekolah pada tahun 2011 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012)
Keluarga yang mempunyai SSE yang rendah biasanya mempunyai masalah pertengkaran dan penceraian ibu bapa akibat masalah kewangan juga akan membawa tekanan kepada pelajar dalam proses pembelajaran (Zainudin, 2015). Menurut Zulkifli et al. (2011), tahap penglibatan ibu bapa dalam sesi penjagaan di rumah adalah rendah. Ibu bapa didapati kurang mengambil berat dalam tempoh pelajar menonton televisyen, memastikan anak menyiapkan kerja sekolah dan menyelia aktiviti anak kerana sibuk bekerja untuk menambahkan pendapatan. Hal ini akan mengakibatkan pelajar tidak belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Cara ibu bapa uruskan anak mereka dalam bidang akademik amat bergantung kepada SSE keluarga (Chohan & Khan, 2010). Ibu bapa yang sibuk bekerja oleh sebab kekangan kewangan, kurang memberi perhatian kepada pencapaian akademik anak mereka dan justeru, jurang pencapaian pelajar susah untuk dirapatkan.
Tahap pendidikan ibu bapa juga mempunyai korelasi dengan sikap pelajar, iaitu aspirasi, motivasi, semangat kendiri, dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum (Zainudin, 2015). Ibu bapa daripada keluarga yang mempunyai SSE yang rendah tidak berpendidikan tinggi juga mungkin tidak dapat memberi motivasi dan mempengaruhi kemahuan pelajar untuk berjaya. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu pelajar dalam usaha memperoleh pendidikan yang lebih tinggi (Low & Halim, 2016). Apabila ibu bapa kurang memberi motivasi dan dorongan kepada pelajar, pelajar akan mencari sokongan sosial melalui media sosial (Hassan, 2017) dan hal ini akan menyebabkan ketagihan media sosial dan media sosial bersifat hiburan, bersembang dengan rakan semata-mata (Hamzah, 2010 & Omar, 2014).
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menanam harapan dan impian dalam jiwa anak-anak agar mereka boleh berjaya pada masa hadapan (Zamani & Rouyan, 2016). Didapati pelajar daripada keluarga yang mempunyai SSE yang rendah adalah kurang didorong untuk menyambung pelajaran disebabkan kekangan kewangan keluarga (Zaninia, 2015 & Maio, 2015). Kemahiran berkomunikasi ibu bapa dengan anak juga mempunyai kolerasi dengan pencapaian pencapaian akademik pelajar. Ibu bapa daripada keluarga berstatus sosio ekonomi yang tinggi biasanya terdedah kepada pendidikan yang tinggi dan maka, mereka mahir untuk berkounikasi dengan anak mereka (Dazali & Awang, 2014). Interaksi ibu bapa dengan anak yang erat akan memberi anak motivasi dan sokongan untuk mencapai lebih tinggi dalam akademik.
Cadangan untuk penyelesaian isu jurang pencapaian pelajar:
Bagi merapatkan lagi jurang pencapaian pelajar dalam akademik, pelajar sendiri, keluarga, guru, sekolah dan kementerian pendidikan haruslah menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Pertama, pelajar perlu mempunyai keyakinan diri, sikap dedikasi yang konsisten dalam proses pembelajaran. Untuk mendorong pelajar agar mereka memberi komitmen yang tinggi dalam pembelajaran mereka, semua pelajar juga perlu didedahkan kepada seminar berkaitan pekerjaan supaya pelajar memahami aspek-aspek yang diperlukan pada diri sendiri untuk bekerja pada masa yang akan datang (McCartney, 2013).
Kedua, ibu bapa seharusnya memberi sokongan, bimbingan dan perhatian kepada pelajar bagi memupuk keupayaan pelajar untuk berjaya (Norhaida et al., 2015). Pelajar perlu mempunyai seorang penjaga yang dapat memastikan pelajar menyiapkan kerja rumah sebelum menjalankan aktiviti lain membolehkan pelajar tersebut mencapai markah yang tinggi (Rt Hon Nick Clegg et al., 2017). Selain itu, ibu bapa perlu bersikap terbuka dan optimis terhadap semua perkara berkaitan dengan pelajar dan sentiasa menyokong pihak sekolah dalam melaksanakan program demi kepentingan pelajar. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan pelajar harus dikekalkan kerana pelajar yang penuh dengan kasih sayang akan belajar dengan lancar dan bangga.
Ketiga, setiap guru seharusnya mempunyai motivasi yang tinggi dalam pengajaran dan sikap dedikasi yang tinggi untuk membuat penambahbaikan dalam pelan pengajaran supaya pelajar dapat belajar dengan efektif. Setiap guru juga dinasihati untuk menghadiri kursus-kursus yang disediakan bagi meningkatkan tahap kualiti seorang guru. Selain itu, guru juga harus melayan setiap pelajar seperti anak sendiri dengan memberi kasih sayang dan dorongan yang mencukupi agar pelajar bermotivasi untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang.
Keempat, pihak sekolah boleh menjalankan program selepas sekolah atau bantuan khas bagi membantu pelajar yang lemah dan miskin. Dari segi prasarana, pihak sekolah perlu mengantikan fasiliti yang lama dan rosak dengan fasiliti baharu bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga, pengetua perlu memastikan matlamat sekolah tercapai agar keyakinan warga sekolah untuk terus berusaha dapat dipupuk (Salleh, 2013). Pelajar juga akan lebih bermotivasi untuk belajar apabila sekolah mempunyai iklim sekolah yang positif kerana pelajar akan berasa selamat dan dihargai oleh sekolah. (Ontario Leadership Strategy, 2013).
Kelima, kementerian seharusnya menyediakan insentif yang lumayan bagi menarik minat dalam kalangan guru untuk berkhidmat di sekolah yang terletak di luar bandar. Hal ini menggalakkan guru untuk sudi berkhidmat di sekolah luar bandar dan merapatkan jurang pencapaian pelajar bandar-luar bandar. Begitu juga guru yang cemerlang dalam pengajaran haruslah diberi elaun agar guru – guru terus berusaha dan bermotivasi dalam pengajaran. Dari segi kewangan, kementerian juga boleh memberi biasiswa kepada pelajar yang miskin agar mereka mempunyai duit yang mencukupi untuk membeli bahan bacaan dan rujukan.
Kesimpulan:
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Usaha untuk merapatkan jurang pencapaian pelajar perlu diteruskan kerana semua pelajar adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negara.
Rujukan:
[1]. Chohan,
B. I. & Khan, R. M. (2010). Impact of Parental Support on the Academic
Performance and Self Concept of the Student. Journal of Research and Reflections in Education, Vol. 4, No. 1, pp
14- 26
[2]. Dazali,
N. S. M. & Awang, M. I. (2014). Tahap Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA Di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 4(2),
44-56.
[3]. McCartney,
D. M. (2013). An Examination of High School Students’ Disparate Academic
Performance in the Bahamas. PhD Thesis,
University Of Phoenix.
[4]. Razak,
H. A. (2015). Hubungan Antara Big Five Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar. Undergraduate
Thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
[5]. Hamzah,
S. E. (2010). Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam
Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media
Malaysia, 37–52.
[6]. Hassan,
M. S. et al. (2017). Penggunaan media sosial dan hubungan tingkah laku yang
dirancang terhadap pemilihan ke institusi pengajian tinggi, Malaysian Journal of Social Science,
Jilid 2 2017: 55-72.
[7]. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2012). Laporan awal 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Dimuat turun
pada 19 March 2018, daripada https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
[8]. Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Laporan tahunan
2016. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025. Dimuat turun pada 19 March 2018, daripada
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/08_Ogo/Laporan%20Tahunan%20PPPM%202016.pdf
[9]. Low,
K. L. & Halim, L. (2016). Pengaruh penglibatan ibu bapa/penjaga dalam
pencapaian akademik sains pelajar di sekolah Berprestasi Tinggi Melaka, Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
[10]. Maio,
G. L. (2015). Post high school education choices in Italy: an empirical
analysis. Journal of Applied Research in
Higher Education , 229-242 .
[11]. Zamani,
M., Rouyan, N. M. (2016). Pengaruh serta peranan ibu bapa dalam pembentukan
personaliti dan keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah Seorang
Anak Kampung”. International Journal of
Humanities Technology and Civilization (IJHTC), (2), 106-115
[12]. Salleh,
M. J. (2013). Best Practice of Framing
and Communicating School Goals by Principals of Cluster Secondary Schools
Malaysia. International Journal of Arts and Commerce, 2 (2), 33-44.
[13]. Norhaida
Shaarani et al. (2015). Mengkaji hubungan sokongan ibu bapa terhadap prestasi
akademik pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Proceeding of the 2nd International
Conference on Management and Muamalah. e-ISBN: 978 967 0850 252.Muka surat:
472 – 483.
[14]. Omar,
F. I. (2014). Penerimaan Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Dalam Kalangan
Mahasiswa Kuis. E-proceedings of the
Conference on Management and Muamalah, 1-11.
[15]. Ontario
Leadership Strategy. (2013). Promoting
positive school climate. Dimuat turun
pada 19 March 2018, daripada
http://www.edu.gov.on.ca/eng/parents/IntroDocEng.pdf
[16]. Sinar Harian. (2015). Jurang ketara prestasi sekolah bandar, luar bandar. Dimuat turun pada 19 March 2018, daripada http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/sabah-sarawak/jurang-ketara-prestasi-sekolah-bandar-luar-bandar-1.364948
[17]. Utusan Online. (2015) Jurang pendidikan bandar-luar
bandar turun. Dimuat turun pada 19 March 2018, daripada http://m.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/jurang-pendidikan-bandar-luar-bandar-turun-1.117805
[18]. Zainudin,
Z. (2015). Faktor-faktor mempengaruhi kecemerlangan akademik pelajar tahun satu
IPTA. Dimuat turun pada 19 March 2018, daripada
http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/10/faktor-faktor-mempengaruhi.html
[19]. Zaninia,
L. V. (2015). Away, but not too far from home. The effects of financial aid on
university enrolment decisions. Economics
of Education Review, 91-109.